.Minggu lepas, aku dan rakan-rakan telah ke Kuala Selangor untuk kerja lapangan bagi subjek Ekologi. kami pergi ke 3 tempat dengan tujuan masing-masing, iaitu Bukit Malawati untuk mencerap lakuan lotong kelabu, Kampung Kuantan untuk melihat fenomena kelip-kelip and Taman Alam untuk kaji ekologi paya bakau kat sana.
Sekarang, aku cuma nak share pengalaman aku ke Kampung Kuantan untuk tengok kelip-kelip, atau sesetengah orang panggil kunang-kunang. tak kesah la kan, janji korang pernah ke tengok kelip-kelip ni? ke selama ni tak penah kenal pun?
huhuhu xpe, nanti aku cerita okay =)
Ini la kelip-kelip/kunang-kunang. cuba korang letak atas tapak tangan. rasa panas tak? hihihi
Well, kat bawah ni merupakan sedikit sebanyak report aku yang nak kena submit esok! sebab tu la ayat skema tak ingat.
Sepanjang menyelusuri tebing sungaiSementara menunggu giliran
Sebelum naik sampan, kita akan dibekalkan life-saver jacket dan sebotol ayaq mineralKami tiba di perkarangan jeti Kelip-kelip Kampung Kuantan tepat jam 7.30 petang. Teruja untuk melihat fenomena kelip-kelip buat pertama kalinya, hati kami sering dipagut rasa tidak sabar sambil menunggu giliran di bangku kayu yang disediakan. Apabila tiba sahaja di perkarangan tempat menaiki sampan yang telah disediakan khusus untuk para pengunjung, kami berasa ragu melihat keadaan fizikal sampan yang membimbangkan. Mujur kami dibekalkan jaket keselamatan. Setelah menjejakkan kaki ke dalam sampan itu, kami masih teragak-agak. Melihat wajah kami yang risau, lantas pendayung sampan tersebut memberi jaminan bahawa semuanya baik-baik sahaja.

Dorang ni merupakan group first yang berlepas. tapi kenapa kitorang sampai dulu? tak aci hokey..huhu btw, kalau weekdays tempoh pakcik-pakcik pendayung ni akan buat trip yang panjang iaitu kira-kira 30 minit. jadi, lebih lama la masa korang dok atas sampan tu kan. lagi best. tapi kalau weekend, orang sangat ramai. jadi, dorang akan berusaha untuk buat trip sebanyak yang mungkin. sekali dayung, pendayung ni akan dapat rm10. satu malam dorang boleh dapat sekitar rm300 macam tu. untung woo
Apabila kami menyusuri tebing sungai tersebut, kami disajikan dengan pemandangan indah yang belum pernah kami rasai sebelum ini. Di sepanjang sungai tersebut bagaikan deretan pokok-pokok Krismas yang sering kami lihat menjelang 25 Disember setiap tahun. MasyaAllah! Kami bernasib baik kerana malam itu tiada bulan mengambang dan kerlipan cahaya kelip-kelip yang dipantulkan ke air menjadikan malam itu antara malam yang terindah.
Lebih kurang macam ni la pemandangan malam tu. sangat-sangat indah =) kitorang nak snap gambar, tapi tak dapat. apa yang aku baca, cahaya kelip-kelip (luciferin) ni takde infrared and ultraviolet. so, camera tak boleh detect cahaya and susah nak snap gambar bila pakai camera yang biasa. please correct me if i'm wrong.
Kami bertanya pelbagai soalan kepada pendayung sampan yang berpengalaman luas. Encik Fuad, yang sudah lebih 30 tahun menjadi pendayung sampan turut setia melayani hujah kami. Dengan pengalamannya yang luas itu, banyak info mengenai kelip-kelip telah kami perolehi.
Kami meminta beliau mendayung berdekatan pohon Berembang yang menjadi tempat kediaman kelip-kelip pada waktu malam untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat. Pada waktu malam, kelip-kelip akan berehat di pokok ini sambil menghisap pucuk daun dan mencari pasangan. Terdapat kumpulan kelip-kelip yang berbeza pada setiap pokok. Kami berasa bertuah kerana Encik Fuad telah menarik dahan pokok Berembang lalu menangkap kelip-kelip dan meletakkannya ke atas telapak tangan kami. Kelihatan seekor kelip-kelip jantan hinggap di atasnya kerana berdasarkan kadar kerlipan cahayanya yang lebih pantas dan terang berbanding kelip-kelip betina yang mengeluarkan cahaya malap. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya dan berkelip-kelip untuk menarik perhatian kelip-kelip betina bagi tujuan mengawan.
Ini merupakan satu informasi yang belum ditentukan kesahihannya. Menurut Encik Fuad, jika kami terlihat kurang daripada 10 ekor kelip-kelip pada pokok Berembang, itu menandakan bahawa kelip-kelip tersebut merupakan ‘askar’ yang bertugas untuk meninjau sumber makanan dan kesesuaian pokok tersebut. Jika kawasan tersebut didapati sesuai serta terdapat banyak sumber makanan, maka kelip-kelip ‘askar’ ini akan memberi isyarat memanggil kumpulannya untuk berpindah ke pokok tersebut.

Waktu kat dalam sampan
Menurut Encik Fuad lagi, kerlipan ribuan kelip-kelip yang seumpama bintang-bintang di malam pekat itu akan kelihatan sehingga waktu pagi menjelang kerana kelip-kelip telah berjumpa pasangannya dan akan melakukan aktiviti persenyawaan. Tambahan pula, keadaan akan mulai cerah dan kelip-kelip akan kembali ke sebalik pokok-pokok berembang dan kawasan bakai yang lain. Setelah 20 minit menyelusuri keindahan alur Berembang, kami kembali ke jeti terapung. Kami berasa sangat puas hati menikmati pemgalaman buat terulung kalinya dan berjanji akan kembali lagi ke sini jika berkesempatan.
Sekian harap maklum. aku syorkan korang pergi weekdays kalau boleh. sebab, umat manusia sangat ramai waktu weekend. kalau tak dapat jugak, datang la awal sikit, dalam lepas Magrib macam tu. jangan risau, kat sana ada disediakan surau. datang after Asar, lepas Maghrib terus pi beratur okay. hehehe
Lagi satu, disyorkan supaya pergi time takde bulan mengambang. sebab, bulan tak bercahaya dan sungai gelab. jadi, bila kelip-kelip bercahaya, cahaya dia akan terpantul ke permukaan air lalu menghasilkan pemandangan indah yang Subhanallah!
*dah lama tak cuti-cuti Malaysia..huu.