CAKAP-CAKAP BELAKANG:

so much to say, but to whom?

Followers

Thursday, September 2, 2010

Sedih Si Gadis Satu

.

Bila Si Gadis Satu itu bersedih
Jelas ketara pada riak wajahnya
Kadang-kadang dia tunjuk perasaan
Orang bilang dia mengada-ada
Dia cengeng

Kadang-kadang dia pendam
Orang tidak perasan pun
Dia tunjuk bibir senyum
Dia tunjuk lesung pipit sebelah
Tapi hatinya senak

Si Gadis Satu suka tunjuk perasaan
Tapi last-last makan hati
Sebab Orang tak menyedari lagi
Tidak mahu ambil pusing barangkali

Si Gadis Satu bukan mengada-ada!
Dia mahu orang tahu hatinya
Sesetengah kalimah tidak mudah dilontarkan dengan kata-kata
Tapi end up dengan “takde apa-apa lah”

Si Gadis Satu mahu orang faham
Tolonglah faham!
Dia mahu penghargaan
Dia mahu rasa dihargai
Macam apa yang Si Gadis Dua, Tiga, Empat dan Lima rasa
Mereka bahagia, bila Orang Dua, Tiga, Empat dan Lima tunjuk perhargaan
Mereka teruja bila Orang Dua, Tiga, Empat dan Lima tunjuk kebanggaan

Cerita mereka bagai kisah Si Marikh dan Si Zuhrah
Siapa aku dan siapa kamu
Cara aku dan cara kamu
Orang itu malu, segan
Si Gadis Satu sayu, menahan perasaan
Luluh hati mendengarkan jawapan dan alasan

Sekarang Si Gadis Satu hanya mampu pendam
Dia penat makan hati
Hati yang sememangnya sudah kecil, apa lagi yang tinggal?
Rasa-rasa, sudah tidak ada lagi ruang untuk ion-ion Ferum menari poco-poco di dalam
Sikit lagi mahu capai ‘equilibrium’
Mujur Si Gadis Satu tidak memberontak
Sebab dia sayang Orang Satu

Hari ini hujan lebat di retina nya
Garisan matanya menggemuk
Si Gadis Satu harap, tiada lagi mendung lepas ini
Sebab dia sayang Orang Satu



*Maaf, tulisanku buruk


.

5 bla bla bla (s):

GRuNGe said...

Assalamualaikum. Akhirnya, nampak gak Cik Mimi punya entry. Lama dah tunggu, selama tak update blog. :P Apa khabar? Owh, lupa nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya.

mimi mimi said...

grunge: w'salam..hehe malas kot nk tulis2 ni. kne tggu ade mood dulu..huhu eh, org yg ckp tu pun sme kot da lama menyepi dari menulis kn? oh, makaseyh, slmt hari raya jugak..

khadijah said...

Orang Satu tu dulu Gadis jugak k?

mimi mimi said...

jah: tak, beliau XY

khadijah said...

oohh..nampaknya aku gagal memahami ni..hehhe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails