CAKAP-CAKAP BELAKANG:

so much to say, but to whom?

Followers

Monday, November 15, 2010

Letters To Juliet

.

Photobucket


Filem romantik ini bermula apabila Sophie (Amanda Seyfried) dan tunangnya, Victor telah pergi ke Kota Romeo dan Juliet, Verona di Italy untuk "pre-honeymoon". semasa berjalan-jalan sekitar kota, Sophie tertarik dengan suasana di rumah Juliet dimana gadis-gadis dari serata dunia akan menulis surat kepada Juliet, meminta bantuan dalam soal cinta mereka. kemudian, Sophie bertemu dengan "Secretaries of Juliet" yang bertanggungjawab untuk membalas semua surat yang teah ditulis dan diselitkan di dinding dibawah balkoni Juliet.


Sophie terjumpa sepucuk surat lama yang terselit di sebalik bata dinding itu dan mengambil keputusan untuk membalas surat yang ditulis pada tahun 1957, dengan harapan supaya Claire, penulis surat itu akan kembali ke Verona untuk mencari kekasih hatinya yang telah lama terpisah. harapannya menjadi kenyataan. Claire, yang telah lama kematian suaminya datang ke Verona bersama cucunya, Charlie. Sophie yang kecewa kerana diabaikan tunangnya yang asyik sibuk dengan urusan pembukaan restorannya telah mengambil keputusan untuk mengikut Claire dan Charlie mencari Lorenzo Bartolini, kekasih hatinya.


Overall, ini merupakan filem yang romantik dan apa yang bestnya, Italy sangat cantik! rasa macam nak bercuti kat sana la pulak. dan aku tertarik bagaimana gadis-gadis yang datang ke balkoni Juliet terlalu obses dan mengagumi Juliet sehingga ramai yang terharu dan tidak segan menangis, merintih dan menunjukkan perasaan dorang. selamat menonton!


Jom layan trailer:







* Tambah Verona, Italy dalam wish list lokasi bulan madu. hehehe


.

4 bla bla bla (s):

Aku Adalah Aku said...

meng.. ak da tgk cite ni... best sey... sgt touching kesah yg nenek c laki tu cri laki yg dye cintai yg da lme dye tinggl.. sgt trharu.. hehe

mimi mimi said...

ayu: aah sedih dan terharu. tau tak yg dorang btol2 laki bini in real life? hehe sweet =) n Verona sgt beautiful!

Aku Adalah Aku said...

yg tue tu eh??? wa lg sweet.. nak ngis ak nyer trharu au.... yes, verona memng cntik

jordan said...

lahhh... yg ni pun aku nak tgkkk!! tapi tak tgk2 lagi... mana nak carik nih~~ (-_-)v

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails