Teringin nak buat review filem la pulak kat sini. tak kisah filem lama atau baru tayang. dan semestinya aku nak review tentang filem yang aku suka je lah. hehe
MY SISTER'S KEEPER

Secara kasarnya, filem ni mengisahkan tentang seorang budak 11 tahun, Anna yang telah berjumpa seorang peguam, Alexander untuk menyaman ibubapanya sendiri atas dasar "Medical Emancipation". Di mana, Anna nak mendapatkan hak sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas tubuh badannya sendiri dan boleh membuat keputusan sendiri. sebenarnya, Anna lahir menerusi kaedah "In vitro" atau dia sebenarnya bayi tabung uji yang dirancang khas oleh ibubapanya, Brian dan Sara untuk memastikan anak mereka lagi satu iaitu kakak kepada Anna, Kate untuk terus hidup. Kate menderita sakit leukimia sejak kecil. sejak Anna berusia 5 tahun, dia terpaksa mendermakan darah, sum-sum tulang dan sebagainya dan kali ini, Sara memaksa Anna untuk mendermakan buah pinggangnya kepada Kate.
Dalam kes ni, watak Anna akan dipandang sebagai seorang yang sangat selfish dan berkira. tapi, semakin lama menonton, sebenarnya Anna mempunyai sebab tersendiri kenapa dia bertindak macam tu. filem ni memang membuatkan air mata ni meleleh la jugak, sebab tersentuh dengan kasih sayang serta hubungan kekeluargaan yang rapat yang dipaparkan.
Bagi aku, filem ni memang sangat wajar ditonton sebab best. dan sedih. banyak pengajaran yang boleh kita dapat.
Okay, layan trailer dulu.
*Sape nak movie ni, boleh roger aku =)
.
5 bla bla bla (s):
nak tgkkk!!!
tikah: tengok lah!!!
HAHAHA!! tak payah suruh~~ memang tgh dok tgk ni ha~~ penulisan blog yg berkesan~~ hahaha =p
weyh, abis lah tak study~~ ngahaha
Okay!dah tengokk!! BEST!! manyak sedeh woo~~
tikah: aduh usah dingomong hal study, tak tahanku mendengarkanya. haha
kn sedey kn? sobs sobs
Post a Comment