CAKAP-CAKAP BELAKANG:

so much to say, but to whom?

Followers

Wednesday, November 10, 2010

Resepi Spaghetti Bolognese Mimo =)

.

Ehem ehem. buat pertama kalinya, aku cuba masak spaghetti bolognese. ikhlas dari hati: memang sedap! ahaha ni bukan masuk lif tekan sendiri ye, tapi memang hakikat. kahkahkah


Rasanya bolehlah kalau nak disamakan dengan resepi dari Pizza Hut, Secret Recipe, Easy Corner ataupun Stop Bakery. cuma maybe bahan yang digunakan agak berbeza, sesuai dengan apa yang ada kat dapur tu kan.


Meh aku share resepi Spaghetti Mimo kat sini. sebenaqnye, aku pun Google jugak resepi ni, tapi adalah beberapa pengubahsuaian yang dibuat.


Photobucket

Ini gambar betul, bukan Google =)


Bahan-bahan:


(Harap maklum, bahan-bahan ni tak disertakan sukatannya. sebab style aku masak main campak je. kira nanti korang timbang sendiri la bersesuaian dengan bilangan orang yang nak makan, rasa, warna dan lain-lain)


  • Spaghetti (aku pakai jenama San Remo)
  • Butter/mentega
  • 1 labu bawang Holland (bawang kuning)
  • 2 ulas bawang putih
  • Carrot
  • Daging lembu cincang (tapi aku guna daging burger dan diramas sampai hancur)
  • Susu segar
  • Buah tomato
  • Tomato puri
  • Oregano
  • Serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Garam dan gula
  • Cheddar cheese (kalau ada keju Parmesan lagi bagus)

Cara-cara:

  1. Masukkan spaghetti dalam air yang mendidih. tambah sedikit minyak zaitun (in this case, pakai minyak masak biasa pun boleh untuk elak spaghetti dari melekat) dan sedikit garam. toskan bila dah lembut.
  2. Tuang minyak zaitun/butter/mentega
  3. Bila minyak dah panas, tumis bawang Holland dan bawang putih yang dicincang halus. masak sampai layu.
  4. Masukkan daging cincang. kacau sampai sebati.
  5. Masukkan pula carrot yang telah dicincang halus. biar sampai layu sedikit.
  6. Tuangkan pula susu segar. sukatannya, sehingga cukup untuk menyaluti seluruh bahan yang ditumis sebelumnya. biar sampai mendidih. biar susu dah meresap ke dalam daging.
  7. Masukkan pula tomato puri dan buah tomato yang dipotong dadu. kacau dan tambahkan air.
  8. Masukkan sesudu teh serbuk oregano, lada hitam, lada sulah, gula dan garam. (sila rasa dulu tahap kemasinan, kemasaman dan kemanisan kuah. bagi yang suka masam-masam, boleh tambah lagi tomato puri)
  9. Biarkan kuah mendidih. kemudian dengan api yang sangat perlahan, renih kuah sehingga pekat dan lazat. lagi lama renihan kuah, lagi bagus. tapi, kalau nak jimat gas, tak payah la.



Sedia untuk dihidang. potong sedikit cheddar cheese dan hiaskan atas kuah yang panas. sila lihat ia semakin mencair. beautiful! prosedurnya mudah lagi senang. dan cepat disediakan. sesuai la bagi sape yang malas tak berapa rajin tu. hihihi



*Masak sendiri lagi jimat kos. aku rasa orang yang meniaga spaghetti ni memang banyak untung. sepinggan dah RM9 ke atas. padahal kos nak buat tu takde la mahal sangat pun.


.

2 bla bla bla (s):

Cik Shazie said...

woishhh!! wt ak lapa jeeee T_T

mimi mimi said...

shazie: haha lepas kenyang mai sini balik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails