CAKAP-CAKAP BELAKANG:

so much to say, but to whom?

Followers

Sunday, November 7, 2010

Seribu Kali Cinta: Tiru 50 First Dates?

.

Sedar tak sedar, drama Chinta dah pun nak habis walaupun aku tak tengok sangat pun cerita tu. huhu biasalah rumah sewa bukan ada tv pun. nak tengok streaming tv, malashhh! best sangat ke? hoho


Photobucket

Drama Chinta


Then, ada drama baru pulak yang bakal menghiasi slot Akasia ni mulai 15 November ni. melangut lagi la depan tv tu eh setiap 6.30 petang.


Photobucket


Tajuk dia: Seribu Kali Cinta.
Hero: Kamal Adli
Heroin: Intan Ladyana


Tadi ada baca dekat surat khabar pasal sinopsis dia:

Nizam (Kamal Adli), asalnya seorang yang tidak serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum menentukan siapa calon isterinya. Nizam membawa diri ke Pulau Aman kerana tidak tahan dengan desakan ibubapanya untuk berkahwin dengan Huda (Marsha). Di situ, Nizam jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana), seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu, Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom amnesia. Apa yang dilakukannya pada hari ini akan dilupakan pada hari esoknya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Nizam bertekad mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya supaya melupakan hasrat mengahwini Miasara. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara. Dia yakin dengan naluri hatinya dan amat menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang terpaksa melayan kerenah isteri yang akan melupakan siapa dirinya setiap pagi? Saban hari, Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan bahawa dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, bingung dan kelam kabut.

Tulisan: Lee Chai Yin (B.POP, November 7, 2010)


Then, aku rasa jalan cerita dia lebih kurang dengan filem 50 First Date (2004) lakonan hebat Adam Sandler dan Drew Barrymore. best sangat cerita ni:

Photobucket

Plot Summary:

Henry Roth lives in a Hawaiian paradise with the company of endless women with no strings attached. This is until he meets Lucy Whitmore. Both Henry and Lucy enjoy the company of each other and feels the start of a serious relationship occurring. Approaching Lucy the next day, Henry is confused when Lucy fails to recognise him. This is the moment Henry discovers that Lucy actually suffers from short term memory loss and can't remember each individual day. Henry won't let this stop him and is prepared to make her fall in love with him all over again, each and every day.

Written by FilmFanUk


Amacam, lebih kurang kan? tapi aku rasa takde la 100% sama kot. ada la dia ubah, tambah sikit apa yang patut. biasala, cerita melayu. tapi aku rasa macam best pulak sebab story line sangat menarik. pape pun selamat menonton =)



*err aku heran kenapa la famous sangat nama Miasara sekarang. huhu


.

6 bla bla bla (s):

izzahfarhana said...

nak tgk la blk cuti sbulan ni.hehehe.
eh ade ea short term memory gitu?
payah la kalau nak exam.
hahaha

mimi mimi said...

haha nak kuiz pun payah kot =P
tp kesian dia, ayah n abg dia tpaksa ulang balik apa yg blaku tiap hari. suma sama ja. huhu kesian...

farisazmi said...

adoi... keja tgk tv ja cuti stdy week nie, menakutkan betul la,,, uhuhuhu

mimi mimi said...

faris: tau takpa. huhu mmg ada niat nk study tp tatau napa asik terbantut ja. help!

izzahfarhana said...

hahaha, kalau aku tension dah. nak kena asyik ulang. kang mcm tgk cita tu kali pulak. hahaha

mimi mimi said...

izzah: hehe, ni drama yg berpuluh episod ni, tatau la macammana depa kembangkan supaya storyline tak boring nnt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails